Lima negeri dilanda banjir, 1,346 dipindahkan - Zahid - Utusan Malaysia

Lima negeri dilanda banjir, 1,346 dipindahkan – Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor dilanda banjir ekoran hujan lebat melanda semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, musibah itu menyebabkan 1,346 mangsa daripada 399 keluarga kini ditempatkan di 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Katanya, PPS yang dibuka membabitkan lapan daerah di Kelantan, dua di Terengganu dan masing-masing satu di Pahang, Johor, dan Perak.

“Amaran hujan berterusan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) juga menunjukkan keadaan cuaca yang berpotensi membawa risiko lebih besar terutamanya di kawasan yang dinyatakan dalam kategori Bahaya, Buruk dan Waspada.

“Hujan lebat dijangka berlarutan sehingga 29 November dan ini memerlukan kita semua lebih bersedia serta berwaspada,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid kemudian mengingatkan mereka berada di kawasan berisiko untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan.

“Jangan ambil risiko yang boleh membahayakan nyawa, terutamanya dalam situasi yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau juga mendoakan kepada semua mangsa yang terjejas agar terus tabah menghadapi ujian ini dan semoga segala urusan dipermudahkan.

“Untuk perkembangan terkini dan maklumat sahih mengenai keadaan cuaca, layari laman web rasmi dan media sosial Met Malaysia atau melalui aplikasi myCuaca,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN