Lima hari lelaki tinggal serumah dengan mayat anak 

Lima hari lelaki tinggal serumah dengan mayat anak 

KEADAAN mayat anak lelaki mangsa yang ditemukan mati sejak lima hari lalu di Taman Selasih, Tanah Merah, Kelantan. -IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang lelaki warga emas tidak menyedari dia tinggal bersama mayat anak lelakinya yang sudah meninggal dunia lima hari di rumah mereka di Taman Selasih di sini sebelum disedari jiran.

Anak lelakinya yang berusia 53 tahun disedari meninggal dunia  pukul 11.50 pagi semalam selepas jiran  terhidu bau busuk dari rumah yang menjadi tempat tinggal dua beranak itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang lelaki terus bergegas ke rumah tersebut.

Katanya, polis terpaksa memecah pintu rumah itu kerana bapa mangsa yang berusia dalam lingkungan 90-an tidak boleh membuka pintu.

“Pemeriksaan di dalam rumah tersebut mendapati, mangsa sudah meninggal dunia di dalam sebuah bilik di tingkat atas.

“Siasatan di dalam rumah itu tidak menjumpai sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan jenayah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah di sini untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta untuk tampil membantu siasatan pihak polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya