Lima ekor gajah 'kacau' penduduk di Kampung Dendong ditangkap

Lima ekor gajah ‘kacau’ penduduk di Kampung Dendong ditangkap

SEBAHAGIAN gajah liar yang ditangkap Perhilitan Kelantan di Kampung Dendong, Batu Melintang, Jeli, Kelantan hari -IHSAN PERHILITAN KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap lima ekor gajah jantan liar yang sebelum ini ‘mengacau’ penduduk di Kampung Dendong, Batu Melintang, di sini hari ini.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata, tangkapan itu susulan aduan yang telah diterima oleh Perhilitan Kelantan semalam.

Menurutnya, tangkapan itu sedikit sebanyak melegakan penduduk sekali gus mengelakkan mereka berdepan kerugian berterusan selepas tanaman dan harta dirosakkan akibat konflik manusia dengan hidupan liar tersebut.

“Operasi pemindahan dan pelepasan gajah ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, tangkapan dan pemindahan itu bukanlah penyelesaian jangka panjang.

Katanya, hal ini kerana kawasan kebun milik penduduk berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Basor.

“Kita tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada 50 ekor gajah liar di HSK itu,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya