Lesen remaja langgar polis digantung, kena bon berkelakuan baik

Lesen remaja langgar polis digantung, kena bon berkelakuan baik

Remaja berusia 17 tahun berkerusi roda hadir ke Mahkamah Khas Trafik Seremban hari ini atas pertuduhan menunggang secara berbahaya dan melulu sehingga mencederakan anggota polis trafik pada bulan Julai lalu.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan wang cagaran RM1,000 di Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini atas pertuduhan menunggang secara berbahaya dan melulu sehingga mencederakan anggota polis trafik, Julai lalu.

Mahkamah turut menggantung lesen memandu tertuduh yang masih di bawah umur selama lima tahun bagi kesalahan tersebut.

Majistret, Nurul Azuin Mohd. Talhah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda susulan pengakuan bersalah yang dibuat pada 13 September lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR menunggang motosikal di jalan raya secara melulu dan berbahaya kepada orang awam iaitu secara melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan parah anggota polis trafik yang dilakukan kira-kira pukul 2 pagi di Kilometer 36 arah Selatan Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas) di sini, 28 Julai lalu.

Sehubungan itu, tertuduh yang merupakan pelajar tingkatan lima telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan jika sabit lesen memandu percubaan boleh dibatalkan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, M. Pusppa manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Pada 28 Julai lalu, media melaporkan anggota polis trafik dan seorang remaja parah apabila kedua-dua motosikal dikatakan bertembung di Kilometer 36 arah Selatan, Lebuhraya Lekas sewaktu anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban itu sedang bertugas dalam Ops Samseng Jalanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya