Lelaki Indonesia rakam video operasi imigresen antara 51 PATI ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki Indonesia rakam video operasi imigresen antara 51 PATI ditahan

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki warga Indonesia yang merakam video ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengundang padah apabila dia ditahan hari ini.

Rakaman yang diambil lelaki berkenaan turut dimuat naik dalam aplikasi TikToknya.

Menerusi serbuan 12.15 malam tadi, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur di sebuah flat di Segambut, di sini sebelum menahan 51 orang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI).

Namun, semasa serbuan hampir berakhir, lelaki berusia lingkungan 30-an itu merakam dengan memuat naik kapsyen berpesan supaya rakan-rakannya ‘berhati-hati’ agar tidak ditahan imigresen.

Tindakan lelaki itu, disedari pegawai operasi dan ditegur agar tidak melakukan perbuatan sedemikian, namun dia berdegil dan terus merakam.

Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Sementara itu,Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, PATI yang ditahan terdiri daripada 44 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Pecahan tangkapan berusia tiga hingga 45 tahun membabitkan 40 warga Bangladesh, Indonesia (6 orang), Nepal (4 orang) dan seorang Pakistan.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada pas atau permit sah dan tinggal lebih masa,” katanya selepas serbuan di sini.

Tambah beliau, kebanyakan PATI yang ditahan bekerja sebagai buruh binaan dan pembantu kedai dengan menyewa unit flat terbabit dengan bayaran RM900 hingga RM1,000 sebulan.

Katanya, tindakan serbuan ini dilaksanakan susulan aduan awam sebelum risikan selama dua minggu.

“Kita telah memeriksa 38 unit kediaman selain tindakan juga akan diambil terhadap pemilik premis kerana bersekongkol dengan membenarkan PATI berada di rumah berkenaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya