Lelaki guna wang palsu dipenjara dua tahun

Lelaki guna wang palsu dipenjara dua tahun

MUHAMMAD Shafiq Abdullah (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini bagi berdepan pertuduhan menggunakan wang palsu minggu lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki yang tular menggunakan wang palsu dalam kejadian di daerah ini minggu lalu dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah di sini, hari ini.

Majistret, Saiful Sayoti membuat keputusan berkenaan selepas tertuduh, Muhammad Shafiq Abdullah, 26, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Majistret menegaskan keputusan dibuat mengambil kira kepentingan awam di mana kes tersebut melibatkan wang palsu yang merupakan satu kesalahan serius dan hukuman penjara dua tahun dikenakan dari tarikh sabitan.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang di sebuah premis perniagaan di daerah ini pada 17 November lalu dan semasa pengadu berada di premis kedai, juruwang mengadu seorang lelaki bersama seorang lagi yang masih bebas, menggunakan wang kertas RM100 yang meragukan.

Pemeriksaan mendapati ketulenan wang kertas berkenaan meragukan dan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pelanggan tersebut melarikan diri setelah juruwang membuat pemeriksaan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memberitahu tertuduh mempunyai empat orang anak di mana anak bongsu merupakan orang kurang upaya (OKU), bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahana Athirah Yaccob memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira wang digunakan tertuduh bagi tujuan perdagangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya