Lelaki ditahan jual jam tangan Rolex curi RM25,000 - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan jual jam tangan Rolex curi RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang bertindak menjual semula jam tangan berjenama Rolex yang dicurinya dari sebuah kedai barangan berjenama di kawasan SS 16, Subang Jaya, minggu lalu.

Penahanan lelaki berusia 44 tahun itu dilakukan pukul 4.15 petang semalam di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek didapati ingin menjual jam itu di sebuah kedai barangan berjenama dengan harga RM25,000.

“Semakan lanjut mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau namun tidak dikehendaki.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum melarikan jam tangan berjenama Rolex di sebuah premis menjual barangan berjenama di kawasan SS 16.

Suspek sebelum itu menyatakan telah membuat temu janji menerusi khidmat pesanan ringkas selain bertanyakan berkaitan beberapa barangan yang dijual.

Kehilangan jam tangan berkenaan menyebabkan kedai berkenaan kerugian RM64,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya