KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang hilang pagi semalam ditemukan mati di tempat letak kenderaan di sebuah sekolah swasta di Jalan Duta Kiara, Taman Sri Hartamas di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, mangsa berusia 18 tahun itu dilihat kali terakhir di Solaris Mont Kiara sebelum dilaporkan hilang pukul 2 pagi semalam.
Remaja lelaki itu kemudian ditemukan sudah meninggal pada pukul 9 pagi ini iaitu kira-kira 300 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.
Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengenal pasti punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN