Lelaki buat kacau, pecahkan cermin kereta orang awam ditahan

Lelaki buat kacau, pecahkan cermin kereta orang awam ditahan

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki tempatan ditahan polis kerana menimbulkan kekacauan termasuk memecahkan cermin kereta orang awam di kawasan Lebuhraya Dr. Lim Chong Eu di Bayan Lepas, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian selepas polis menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

“Sebaik sahaja menerima laporan, polis telah bergegas ke lokasi dan menahan suspek kerana dia dipercayai bertindak membuat kacau serta memecahkan cermin kenderaan orang awam di situ.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan lelaki itu juga telah direman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Sazalee berkata, dua lelaki masing-masing berusia 19 dan 27 tahun ditahan kerana terlibat dalam kes curi motosikal di sebuah apartment di Bayan Lepas.

“Suspek ditahan di tepi jalan di Halaman Sungai Ara, Bayan Lepas semalam dan polis berjaya merampas dua buah motosikal jenis Yamaha yang dipercayai telah dicuri oleh kedua-dua suspek sebelum itu,” kata Sazalee.

Tambah beliau, mereka turut direman bagi membantu siasatan dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya