PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mempunyai penyakit sawan trauma selepas mendakwa menjadi mangsa seks luar tabii ketika pengsan di rumahnya di Lembah Subang, di sini Rabu lalu.
Menurut sumber, mangsa berusia 19 tahun itu pada mulanya mendakwa diserang sawan ketika berada di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.
“Selepas mangsa kembali pulih, mangsa menceritakan kepada ibunya dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan lelaki tidak dikenalinya itu.
“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.
Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Suspek sudah ditahan dan direman bagi membantu siasatan. Maklumat berkaitan kejadian itu akan diberi dalam kenyataan media esok,” jelasnya. – UTUSAN