Lebih separuh pelajar IPT belum tebus baucar buku - Utusan Malaysia

Lebih separuh pelajar IPT belum tebus baucar buku

ZAMBRY Abd. Kadir menyampaikan ucapan motivasi kepada 1,000 pelajar IPT yang hadir pada program bersama beliau di Seri Manjung hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Lebih separuh daripada kira-kira 1.2 juta pelajar institut pengajian tinggi (IPT) belum menebus baucar buku walaupun tempoh penebusan hanya tinggal lima minggu lagi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, memberitahu setakat hari ini, kira-kira 735,000 pelajar IPT awam dan swasta masih belum menebus baucar buku bernilai RM100 itu.

“Jadi,saya menyeru kepada pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswi supaya segera menebusnya untuk membeli buku-buku keperluan pengajian mereka sebelum 31 Disember.

“Jika tidak, rugilah kerana mereka tidak menggunakan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan itu,” katanya kepada pemberita pada program ‘In Person With Doc Zam’ dan peluncuran program Siswa Aspirasi Rakyat (SASAR) Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Pemberian baucar pembelian buku itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024) pada 30 Mei lalu, sebagai usaha menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus dapat membugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT.

Pelajar IPT boleh menebus baucar tersebut hanya di portal MySISWAPLACE dengan setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100 sahaja.

Zambry tidak pasti mengapa masih ramai pelajar belum menebus baucar tersebut dan tidak menolak kemungkinan mereka tidak mengetahui inisiatif berkenaan.

Justeru, beliau mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr. Azlinda Azman, memaklumkan semua IPT untuk menguar-uarkan kepada pelajar mereka secepat mungkin berikutan tempoh penebusan yang hampir tamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya