Lebih 300,000kg padi dari Selangor disita di Kedah

Lebih 300,000kg padi dari Selangor disita di Kedah

PADI yang disita Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah kerana tiada permit pemindahan sah di Kuala Kedah, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 307,591 kilogram (kg) padi dianggarkan bernilai RM399,868 disita Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah di sebuah kilang di Kuala Kedah, di sini kelmarin.

Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah, Mohamad Nornizam Ramly berkata, padi yang dibeli dari Selangor itu didapati dipindahkan tanpa permit ke kilang terbabit.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras telah ke kilang itu untuk menjalankan pemeriksaan pada pukul 2.30 petang, Isnin lalu.

“Pasukan penguat kuasa meminta dokumen berkaitan padi dalam milikan kilang itu untuk semakan lanjut. Namun pemilik kilang gagal mengemukakan dokumen berkaitan padi dalam milikannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nornizam berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 2 ,Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Sekatan Pemindahan Antara Negeri) 1997 P.U (A) 31. Akta 522 Akta Kawalan Padi dan Beras.

Kata beliau, kilang padi tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 sekiranya didapati bersalah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya