Lawatan kerja tutup jurang negeri, Pusat

Lawatan kerja tutup jurang negeri, Pusat

FADILLAH Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendekatan lawatan ke negeri-negeri secara kerap dapat membantu menyemarakkan semangat federalisme antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sekali gus merapatkan jurang sedia ada.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, melalui pendekatan yang lebih inklusif, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsisten melawat negeri-negeri untuk bertemu kerajaan negeri. 

Katanya, lawatan tersebut bukan sekadar kunjungan biasa tetapi usaha penting mengadakan sesi taklimat dan perbincangan secara mendalam mengenai pendekatan dan hasil yang boleh dicapai bersama.

“Sentiasa berunding dan memahami satu sama lain adalah kunci kepada hubungan yang lebih kukuh antara negeri dan Persekutuan.

“Semua pihak perlu bekerjasama memahami peranan masing-masing dan memanfaatkan kekuatan federalisme bagi memastikan negara terus maju dengan lebih cemerlang,” katanya dalam Sesi TownHall pada Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Fadillah berkata, kerjasama antara Pusat dan negeri amat penting untuk melaksanakan projek pembangunan dan menyelesaikan pelbagai permasalahan dihadapi rakyat. 

Katanya, tafsiran terhadap hubungan antara negeri dan Persekutuan kadangkala berbeza dan perlu diperhalusi untuk mencapai kesepakatan yang kukuh.  

“Sejarah penubuhan negara perlu dihayati untuk memahami asas hubungan antara negeri dan Persekutuan.

“Semua kena faham Malaysia dibentuk berdasarkan perjanjian yang telah disusun rapi, yang menjadi asas Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, pemahaman konsep federalisme akan menjadi tunjang kesepaduan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya