Lari tinggalkan pil yaba RM3.24 juta

Lari tinggalkan pil yaba RM3.24 juta

PIL yaba yang dirampas Batalion 8 PGA selepas melakukan serbuan di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan semalam. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan beberapa kotak mengandungi pil yaba bernilai RM3.24 juta selepas diserbu Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menerusi Op Taring Sky di  Kampung Laut di sini, semalam.

Serbuan pukul 10 malam itu dilakukan selepas anggota bertugas ternampak kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi sungai hasil maklumat risikan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, terkejut dengan kehadiran anggota penguat kuasa, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di lokasi serbuan membawa kepada penemuan kotak mengandungi sebanyak 216,000 pil yaba dianggarkan bernilai RM3.24 juta, dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kesemua barangan rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dadah dari terus berleluasa di sempadan negara.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya