Lari tinggalkan dadah RM3.24 juta

Lari tinggalkan dadah RM3.24 juta

PIL yaba yang dirampas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. – IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan beberapa kotak mengandungi pil yaba bernilai RM3.24 juta selepas diserbu Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menerusi Op Taring Sky di Kampung Laut di sini, kelmarin.

Serbuan pukul 10 malam itu dilakukan selepas anggota bertugas melihat kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi sungai hasil maklumat risikan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, terkejut de­ngan kehadiran anggota pe­nguat kuasa, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di lokasi serbuan membawa kepada penemuan kotak mengandungi 216,000 pil yaba dianggarkan bernilai RM3.24 juta, dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kesemua barangan rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nik Ros Azhan membe­ritahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya