Lapan warga asing didenda kerana berjudi 

Lapan warga asing didenda kerana berjudi 

KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER 2024. 7 orang Warga negara China dan seorang warga Indonesia dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan berjudi di tempat terbuka dibawah akta rumah judi terbuka di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Foto : Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia dan tujuh lelaki warga China mengaku bersalah di dua mahkamah majistret di sini hari ini atas pertuduhan berjudi, minggu lalu. 

Di hadapan Majistret Aina Azzahra Ariffin, tertuduh-tertuduh, Wang Xianxiang,36; Xie Zhixiang,26; Huang Zuyong,47; dan Lai Zhihui,43, masing-masing didenda RM2,000 atau penjara dua bulan, jika gagal membayarnya. 

Di hadapan Majistret S. Arunjothy, tertuduh-tertuduh, Citra Suwardi Yanti,34; Luo Hanshan,25; Xiao Jie,28; dan Wang Zhichun,44, masing-masing didenda RM1,500 atau penjara satu bulan. 

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati bermain judi di sebuah kondominium di Lorong Kuda di sini pada pukul 11.10 malam, 14 November lalu. 

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali.  

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ravindejit Kaur dan Amritpreet Kaur Randhawa mencadangkan hukuman setimpal bagi kesemua tertuduh sebagai pengajaran. 

“Pihak pendakwaan mencadangkan mahkamah memberikan hukuman yang setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam,” kata Amritpreet Kaur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya