Lapan termasuk penuntut universiti ditahan berjudi

Lapan termasuk penuntut universiti ditahan berjudi

Zayn Rayyan
KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penuntut universiti swasta antara lapan individu ditahan kerana disyaki bermain judi di sebuah apartment di Subang Jaya, di sini malam tadi. 

Serbuan pada pukul 12.15 tengah malam itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai lapan orang ditahan terdiri enam lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 27 tahun.

Menurut beliau, siasatan mendapati empat daripada mereka adalah penuntut universiti swasta manakala yang lain bekerja sebagai jurujual.

“Polis turut merampas wang tunai RM1,700 bersama cipo dan meja poker.

“Kesemua tangkapan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya