Lapan artis terkenal dari Malaysia dan Indonesia bakal gegarkan Nyalafest 2024 - Utusan Malaysia

Lapan artis terkenal dari Malaysia dan Indonesia bakal gegarkan Nyalafest 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia bakal menggegarkan festival muzik, Nyalafest 2024 yang bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.

Festival anjuran RF3 Entertainment dengan kerjasama Wolfstrike Brothers bersama Neptunes Presents itu bakal dihangatkan oleh barisan artis daripada Indonesia termasuklah Feby Putri, Pamungkas, Bernadya, Diskoria, Romantic Echoes, Bilal Indrajaya dan Fugo.

Manakala, Noh Salleh X Restoe Iboe merupakan artis tanah air yang turut memeriahkan lagi festival tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RF3 Entertainment, Muhammad Nashreen Syazwan Nazeri, pihaknya teruja untuk menghiburkan penonton dalam sebuah festival muzik yang dibarisi penyanyi terbaik dari Malaysia dan Indonesia.

“Pasukan kreatif bertungkus-lumus mendapatkan barisan artis yang terdiri daripada nama hebat dalam industri muzik Indonesia dan Malaysia. Selain itu, lagu nyanyian artis ini juga menduduki carta muzik teratas dan mendapat tempat di hati peminat.

“Setiap artis sedang giat membuat persiapan untuk memastikan persembahan paling hebat untuk menghiburkan pengunjung. Bagaimanapun, senarai lagu disampaikan artis akan dirahsiakan sehingga hari persembahan,” katanya.

Dalam pada itu, Nashreen selaku penganjur berbesar hati memilih Noh Salleh sebagai penyanyi jemputan kerana yakin persembahannya tidak akan mengecewakan penonton yang hadir.

“Persembahan Noh yang diiringi Restoe Iboe pasti memberi kejutan. Ini kerana Noh sering kali tampil solo, tetapi kali ini, bakal beraksi bersama band, sekali gus memperlihatkan persembahan berbeza,” katanya.

Mengulas soal pemilihan lokasi Nyalafest 2024, Nashreen menyifatkan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil mampu memuatkan kapasiti yang besar sehingga 15,000 penonton selain menjangka jualan tiket akan berterusan hingga menjelang konser.

“Lokasi Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dipilih kerana ia mampu memuatkan kapasiti lebih 15,000 penonton. Pintu stadium akan dibuka jam 2 petang dan set pertama persembahan artis akan bermula pada jam 3 petang.

“Dari segi jualan tiket, lebih 60 peratus tiket sudah terjual sejak hari pertama penjualan dibuka pada 6 September lalu dan ia dijangka berterusan sehingga menjelang hari konsert nanti,” katanya.

Tiket acara ini boleh didapati menerusi laman web myticketempire. Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya