Langkah tepat singkir Israel daripada PBB

Langkah tepat singkir Israel daripada PBB

SYED Hamid Albar semasa berucap di Program Syarahan Canselor Tuanku Mukhriz ke-6 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk ‘menyingkirkan’ Israel keluar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tindakan negara ‘haram’ itu dalam krisis di Asia Barat merupakan langkah tepat.

Bekas Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar berkata, Israel merupakan negara yang menentang PBB dan tidak menghormati pertubuhan itu.

“Cadangan tendang keluar Israel adalah cadangan yang tepat. Israel menentang PBB, dan mereka juga tidak patut menjadi ahli PBB,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Syarahan Canselor Tuanku Mukhriz ke-6 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Tambah beliau, Israel juga merupakan negara yang banyak melakukan jenayah dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Semalam Perdana Menteri akan mencadangkan agar Israel ‘ditendang’ keluar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana negara ‘haram’ tersebut terus melanggar peraturan dunia dan hak asasi manusia melalui kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.

Anwar berkata, Malaysia kini sudah menyertai kumpulan teras bagi penyediaan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB untuk memohon pendapat nasihat daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Kata beliau, ia mengenai obligasi Israel dalam membenarkan aktiviti dan kehadiran PBB, agensi-agensi di bawahnya, organisasi antarabangsa dan negara ketiga di Wilayah Pendudukan Palestin (OPT).

“Draf resolusi ini sedang dalam proses rundingan dan dijangka dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB untuk kelulusan dalam masa terdekat.

“Setelah diluluskan kelak, resolusi tersebut dijangka menjadi landasan perundangan bagi membolehkan Agensi Bantuan dan Kerja Untuk Pelarian Palestin Di Asia Barat (UNRWA) terus memberikan khidmat asas,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya