PETALING JAYA: Sebahagian laluan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) ditutup akibat tanah mendap’, pagi tadi.
PLUS Malaysia dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kejadian berlaku di Kilometer (KM) 18.6 arah Selatan antara laluan Kota Damansara ke Damansara.
“Lorong kecemasan dan separuh lorong kiri ditutup untuk keselamatan pengguna lebuh raya.
“Dapatkan info trafik melalui aplikasi PLUS atau laman X @plustrafik untuk merancang perjalanan anda. Terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda. Hati-hati memandu,” katanya.
Hujan lebat di sekirar Lembah Klang pada awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan dilaporkan mengalami banjir kilat sehingga menjejaskan laluan pengguna jalan raya. – UTUSAN