Lagu skandal kemelut rumah tangga Cik Epal 50 peratus siap, nakal berkias - Utusan Malaysia

Lagu skandal kemelut rumah tangga Cik Epal 50 peratus siap, nakal berkias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vokalis Drama Band dan komposer, Aepul Roza memaklumkan lagu yang dihasilkan untuk pempengaruh Cik Epal sudah siap 50 peratus.

Aepul atau Noor Syaiful Muhd Zalaludin, 36, mengakui lagu tersebut diambil daripada kisah skandal rumah tangga pempengaruh itu yang tular.

“Jika ikut pengalaman lalu, kita ceritakan kisah benar. Karya yang jujur akan cepat sampai ke hati yang mendengar.

“Namun, ada sedikit kerisauan. Jika saya yang menyampaikan lagu ini, saya tahu apa yang saya buat dan letakkan dalam lagu.

“Kalau buat Cik Epal, kita belum tentukan stail lagu yang boleh dia bawakan. Kita tak boleh terlalu keras atau berterus terang. Sebagai orang Melayu kita kena berkias-kias namun ada nakal sedikit,” katanya.

Aepul ditemui Utusan Malaysia di sidang media konsert One Love Music Festival di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai penghasilan lagu berbentuk sindiran, Aepul bagaimanapun menegaskan bahawa setiap lagu yang dihasilkan adalah sebuah teguran kepada masyarakat.

“Bila menghasilkan sesebuah karya, saya selalu fikir tentang manfaat buat pendengar. Bukanlah setiap isu kena buat lagu.

“Kami sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata. Setiap karya yang kami hasilkan, ia bukan datang dari dasar kebencian.

“Ia merupakan teguran seorang rakan bukan rakan-rakan yang lain jika mereka dengar karya ini.

“Kita dapat gunakan muzik untuk sampaikan mesej-mesej dan bukan hanya buat duit semata. Kita nak memberi semula kepada masyarakat,” jelasnya yang berhasrat menerbitkan lagu tersebut hujung bulan ini.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai perang dingin antara pempengaruh Cik Epal dan bekas suami Jofliam di media sosial.

Pasangan itu bercerai selepas 10 tahun bersama pada awal Oktober. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya