Lagi pesawat Malaysia Airlines dilencong ekoran isu teknikal

Lagi pesawat Malaysia Airlines dilencong ekoran isu teknikal

Pesawat Malaysia Airlines (MH79) dari Hong Kong ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh City di Vietnam susulan berdepan masalah teknikal. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesawat Malaysia Airlines (MH79) dari Hong Kong ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh City di Vietnam susulan berdepan masalah teknikal.

Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun, pesawat yang membawa seramai 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada pukul 10.40 pagi waktu tempatan hari ini.

“Demi keselamatan, juruterbang bertugas membuat keputusan untuk melencongkan pesawat bagi memastikan masalah itu dapat diperbaiki sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Penumpang kini dialihkan ke penerbangan alternatif untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing, sementara sebahagian daripada mereka disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang,” katanya hari ini.

Jelasnya, Malaysia Airlines juga kesal atas kesulitan dan gangguan perjalanan penumpang di mana keselamatan mereka tetap menjadi keutamaan kepada syarikat penerbangan itu.

Sebelum ini, beberapa pesawat Malaysia Airlines turut berdepan isu sama seperti MH128 dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Alice Springs akibat masalah enjin di udara.

Selain itu, sebuah penerbangan Malaysia Airlines yang membawa 259 jemaah umrah menuju ke Jeddah berpatah balik ke KLIA disebabkan masalah teknikal sejurus selepas berlepas.

Pada 24 Jun, sebuah penerbangan ke Bangkok juga berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan udara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya