Kutip zakat luar sempadan negeri tidak sah - MKI

Kutip zakat luar sempadan negeri tidak sah – MKI

NOOH GADOT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan tauliah atau lantikan membenarkan amil atau ejen mengutip zakat di luar dari sempadan negeri  tidak sah.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr. Nooh Gadot berkata, hukum lantikan atau tauliah diberikan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kepada mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat hanya  sah di sisi hukum syarak selain  hanya terpakai di dalam ruang lingkup sempadan negeri atau bidang kuasa wilayah ulil amri yang  melantik atau memberi tauliah tersebut sahaja.

Menurut beliau, hukum perbuatan memindahkan hasil kutipan zakat oleh individu atau organisasi yang dilantik atau diberikan tauliah sebagai amil atau ejen zakat bagi mana-mana MAIN ke negeri lain adalah tidak sah dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang berkaitan zakat negeri-negeri.

“Ini kerana tempat zakat itu dikutip berada di luar sempadan negeri dan bidang kuasa MAIN yang mengeluarkan tauliah tersebut serta bertentangan dengan syarat-syarat yang membenarkan zakat dipindahkan mengikut hukum syarak.

“Hukum mengembalikan sebahagian hasil kutipan zakat kepada individu atau organisasi menjalankan tugas sebagai amil atau ajen zakat atas prinsip upah sedangkan zakat itu dipungut di luar  sempadan negeri mengeluarkan tauliah tersebut adalah tidak sah mengikut hukum syarak, kerana mereka tidak dianggap sebagai amil di negeri tersebut di luar wilayah ulil amri,” katanya dalam kenyataan hari ini

Oleh itu, kata Nooh, hukum membayar zakat kepada pihak yang tidak dilantik sebagai amil atau ejen zakat untuk negeri terlibat adalah tidak sah.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai badan penyelaras telah menyembah maklum pandangan hukum tersebut kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan seterusnya ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-267 pada 23-24 Oktober. 

“Dalam hal ini, majlis mengambil maklum mengenai pandangan hukum yang dipersetujui dan pihak berkuasa negeri-negeri boleh mempertimbangkan keputusan ini bagi tujuan pewartaan fatwa di negeri masing-masing,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya