Kurangkan masa menunggu 4 hingga 6 jam di hospital, klinik kesihatan

Kurangkan masa menunggu 4 hingga 6 jam di hospital, klinik kesihatan

ALIAKBAR Gulasan (kanan) semasa menghadiri persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ramai dalam kalangan ibu mengandung terpaksa menunggu empat hingga enam jam bagi mendapatkan perkhidmatan di klinik-klinik kesihatan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan berkata, inisiatif perlu diambil bagi mengurangkan masa menunggu yang lama di hospital awam dan klinik kesihatan.

“Daripada maklumat yang kita peroleh, masa menunggu di unit kecemasan antara tiga hingga lima jam. Malah, ramai dalam kalangan ibu mengandung terpaksa menunggu empat hingga enam jam semasa berada di klinik kesihatan.

“Jadi, kerajaan kena ambil inisiatif serius untuk mengurangkan kesesakan dan tempoh masa menunggu yang lama bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan,” katanya semasa sesi perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Beliau berkata, antara perkara lain perlu diselesaikan adalah kekurangan rumah transit bagi membolehkan rakyat mempunyai tempat berehat apabila menunggu pesakit.

“Kalau pergi ke hospital kerajaan dan klinik kesihatan, kita boleh nampak masyarakat bukan setakat berkumpul malah bermalam, seolah-olah mereka gelandangan menunggu dari malam sehingga ke siang kerana tiada rumah transit,” katanya.

Jadi, jelas beliau, sudah sampai masanya untuk kerajaan melihat langkah yang boleh diambil bagi menangani perkara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya