PETALING JAYA: Kritikan keterlaluan terhadap mana-mana pelaburan tinggi oleh kerajaan yang gagal boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.
Bekas ahli Parlimen, Tony Pua berkata, kritikan keterlaluan juga akan menyebabkan mana-mana pihak yang terbabit dalam pelaburan tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Malah jelas beliau, risiko pelaburan sememangnya tinggi dalam apa jua perniagaan sebagaimana melibatkan Fashion Valet Sdn. Bhd. (Fashion Valet), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
“Daripada 10 pelaburan yang dibuat, tiga atau empat daripadanya seperti Fashion Valet pasti rugi.
“Dua atau tiga yang lain pula menghasilkan pulangan lumayan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Fashion Valet sebelum ini menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan yang ditanggung Khazanah dan PNB. – UTUSAN