Kren tumbang ditiup angin kencang

Kren tumbang ditiup angin kencang

KEJADIAN kren tumbang akibat ribut angin yang kuat di Setapak, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kren tumbang hampir menghempap beberapa buah kereta yang diparkir berdekatannya ekoran ribut di PPR Sungai Bonus, Kampung Air Tawar, Setapak, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.19 petang melalui MERS999.

“Bomba menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak bersama jentera FRT-1, dengan jumlah kekuatan seramai lima anggota.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat sebuah menara kren terjunam dan jatuh di kawasan pembinaan bangunan akibat angin ribut yang kuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kejadian tersebut tidak meragut sebarang nyawa namun terdapat beberapa kerosakan pada kenderaan yang diparkir.

Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook memaparkan sebuah kren di kawasan pembinaan hampir menghempap beberapa kenderaan. yang diparkir berdekatan kawasan pembinaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya