KPT buat siasatan dalaman kes pensyarah hina Nabi - Utusan Malaysia

KPT buat siasatan dalaman kes pensyarah hina Nabi

ZAMBRY Abd. Kadir (tengah) menyerahkan replika cek salah satu program di bawah SASAR ketika majlis peluncurannya di Seri Manjung. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melakukan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang pensyarah Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan menghina Nabi Muhammad dalam satu konvensyen baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, memberitahu pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pihak universiti terlibat berhubung kejadian itu.

“Sehingga kini, kita belum menerima laporan lengkap (daripada IPT terlibat) lagi.

“Pada masa sama, kita mendapat maklumat ia berada di bawah siasatan pihak polis, maka bagi saya lebih baik kita serahkan kepada pihak polis (melengkapkan siasatan),” ujar beliau.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas program ‘In Person With Doc Zam’ dan peluncuran program Siswa Aspirasi Rakyat (SASAR) Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, lewat petang tadi.

Kelmarin, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina nabi ketika melakukan ceramah di sebuah konvensyen, baru-baru ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Pada masa sama, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut membuat siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997.

Terdahulu, tular hantaran di Facebook menyatakan ucapan yang diberikan seorang pensyarah telah menimbulkan satu kontroversi yang kononnya berunsur ‘sunnah’ tetapi penuh dengan sindiran biadab terhadap Nabi dan isteri baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya