KPM teliti cadangan pembekalan baja, input pertanian secara terbuka

KPM teliti cadangan pembekalan baja, input pertanian secara terbuka

MOHAMAD Sabu - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti untuk melaksanakan pembekalan dan penghantaran input pertanian  secara saingan terbuka sekali gus membanteras monopoli pembekalan baja bersubsidi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pembekalan input pertanian bersubsidi kepada pesawah pada masa ini dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik kerajaan iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Menurut beliau, lantikan tersebut adalah berdasarkan pengalaman luas NAFAS dalam pembekalan dan pengedaran input pertanian bersubsidi sebelum ini.

Jelasnya, NAFAS juga mempunyai rangkaian organisasi pembekalan yang lengkap sehingga ke peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai jentera di lapangan dan merupakan stokis untuk pembekalan input pertanian tersebut.

“KPKM mengambil maklum akan cadangan oleh Yang Berhormat bagi mengelakkan monopoli dalam pembekalan baja bersubsidi oleh kerajaan. Pada masa ini, KPKM sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.

“Melalui sistem persaingan terbuka ini, semua pengilang baja termasuk pihak NAFAS akan mempunyai peluang yang sama untuk menyertai tender terbuka sekiranya diiklankan kelak,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang memintanya menyatakan pendekatan baharu KPKM untuk mengelak monopoli dalam pembekalan baja subsidi kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya