KPM ambil tindakan pelanggaran hak cipta kandungan bahan pengajaran 

KPM ambil tindakan pelanggaran hak cipta kandungan bahan pengajaran 

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengenakan tindakan terhadap pelanggaran hak cipta kandungan bahan pendidikan dihasilkan kementerian berkenaan termasuk penggunaan bahan daripada buku teks.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bahan daripada buku teks itu dimuat naik dalam peranti seperti televisyen pintar dan papan pintar dan kemudiannya dijual pada harga lebih tinggi kepada pihak sekolah.

“Perkara itu mencetuskan kebimbangan kerana membabitkan penyelewengan hak intelek KPM yang boleh memberi impak negatif kepada kualiti dan integriti sistem pendidikan negara.

“Walaupun kita tiada rekod berapa jumlah aduan, KPM akan tetap mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada pihak memuat naik kandungan bahan pendidikan tanpa kebenaran walaupun berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah supaya harta intelek kementerian dilindungi sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan KPM di Menara MyIPO, PJ Sentral di ini, hari ini.

MoU itu dimeterai antara Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dan Ketua Pengarah MyIPO, Kamal Kormin dengan  disaksikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, pemeteraian MoU bersama MyIPO kali ini merupakan langkah tepat bagi membina kesedaran hak harta intelek dalam kalangan masyarakat. 

Jelasnya, ia juga merupakan satu bentuk perlindungan bagi mengelakkan inovasi warga pendidikan daripada dieksploitasi mana-mana pihak. 

Melalui MoU tersebut, sebuah modul khas berkenaan harta intelek akan dibangunkan dan dimasukkan sebagai elemen rentas kurikulum (EMK) dalam kurikulum sekolah sedia ada. 

 “Impak terbesar sudah tentulah dari segi perlindungan harta intelek terutamanya berkaitan dengan inovasi terkini dalam bidang pendidikan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya