PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyumbangkan sebulan gajinya berikutan kejayaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meraih empat anugerah dalam Majlis Anugerah Pembangunan Negara 2024. Dalam sidang akhbar di sini, beliau pada mulanya sekadar berkongsi kisah kecemerlangan KPKT itu tetapi di akhir sidang akhbar itu, beliau membuat kejutan apabila memaklumkan hasrat mahu menyumbangkan kesemua gajinya bulan ini. “Sebagai tanda terima kasih atas jasa bakti lebih 22,000 warga KPKT, saya mengumumkan untuk derma satu bulan gaji menteri ke dalam tabung kebajikan kakitangan,” katanya. Beliau kemudiannya menyerahkan sekeping…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya