KPDN perkenal nombor kelompok atasi penyeludupan minyak masak ke Thailand

KPDN cadang perkenal nombor kelompok atasi penyeludupan minyak masak ke Thailand

FUZIAH Salleh ketika turun padang pada program Kita Gempur Zon Utara di Pantai Johor, Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan nombor kelompok pada bungkusan minyak masak bersubsidi bagi menangani penyeludupannya ke negara jiran.

Timbalan Menterinya, Dr. Fuziah Salleh berkata, KPDN mengambil serius aduan orang ramai berkaitan minyak masak bersubsidi yang ditemukan di luar sempadan negara ini.

“Jadi, kita melihat kepada beberapa mekanisme yang mungkin akan disarankan untuk diguna pakai. Contohnya, menggunakan nombor kelompok pada setiap paket minyak masak supaya kita boleh jejak pesalahnya. Kalau yang tiris itu daripada peruncit mana, pemborong mana, jadi ini akan membantu.

“Ia belum dilaksanakan tapi sudah ada syarikat yang menggunakan cara ini. Mungkin kita ambil sebagai amalan terbaik dan akan kaji lebih mendalam. Ini satu jalan penyelesaian sebab selalu rakyat beritahu mereka susah hati tengok minyak masak kita di Siam,” katanya ketika ditemui selepas turun padang ke program Kita Gempur Zon Utara di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan ketirisan barang bersubsidi termasuk penyeludupan ke luar negara sukar dibanteras termasuk menjejaki dan mengenal pasti dalang utamanya.

“Jadi, kita sedang mengkaji bagaimana kita boleh mengesan sebab sistem rantaian yang kita ada adalah daripada pihak pembungkus kepada pemborong dan seterusnya peruncit.

“Tetapi apabila kita jumpa di tempat yang tak sepatutnya, contohnya di luar negara, kita harus memikirkan macam mana kita nak kenal pasti siapa yang salah? Kalau kita jejak kepada pembungkus, mereka kata pergi pada pemborong. Jadi, ini adalah satu cabaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya