KPDN lupus barangan tiruan bernilai lebih RM630, 000

KPDN lupus barangan tiruan bernilai lebih RM630, 000

ARIS Mamat (kanan) diiringi Pengarah Seksyen Kawalan Pengurusan Ekshibit, Bahagian Penguat Kuasa KPDN, V. Ravichandran (tengah) melakukan gimik pelupusan barangan ekshibit pada Majlis Pelupusan Ekshibit di Kompleks Penyimpanan Ekshibit, Bahagian Penguat Kuasa KPDN di Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pelbagai barangan tiruan seperti baju, kasut, minuman keras, alat ganti kenderaan dan minyak wangi dengan nilai keseluruhan melebihi RM630,000 dilupuskan hari ini oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) KPDN, Aris Mamat berkata, kesemua barangan itu adalah hasil rampasan membabitkan 43 kes yang telah pun selesai menjalani proses mahkamah termasuk mendapat kebenaran untuk dilupuskan.

“Pelupusan ini membabitkan 14 akta antaranya berkaitan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Perihal Dagangan 2011. 

“Kebanyakan barangan tiruan yang dilupuskan ini didapati dijual di pelbagai peringkat melibatkan pemborong, pengilang, peruncit serta jualan langsung melibatkan peniaga tempatan sekitar Lembah Klang.

“Ia adalah hasil rampasan yang telah pun selesai menjalani proses mahkamah termasuk mendapat kebenaran untuk dilupuskan dan membabitkan kes terkumpul yang diperoleh dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada siding akhbar Program Pelupusan Ekshibit di Kompleks Penyimpanan Ekshibit, Bahagian Penguat Kuasa KPDN di Nilai, di sini, hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Aris meminta kerjasama semua pihak untuk menyokong pelaksanaan inisiatif Kita Gempur yang dilaksanakan KPDN bertujuan membanteras penyelewengan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi serta mengatasi manipulasi dalam aktiviti perniagaan seperti penipuan dalam talian dan pakatan kartel.

“Kami juga meminta semua pihak termasuk orang ramai untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan agar aktiviti yang merugikan rakyat dan negara itu dapat dibanteras,” katanya lagi.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya