KPDN kesan warga asing jual barang kawalan tanpa lesen

KPDN kesan warga asing jual barang kawalan tanpa lesen

S.JEGAN (dua, kanan) dan Fuziah Salleh (kanan) ketika melakukan pemeriksaan di sebuah kedai runcit warga asing yang menjual barang kawalan tanpa lesen di Taman Arowana, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kegagalan seorang peruncit warga asing mengemukakan lesen runcit untuk barang kawalan berjadual menyebabkan sejumlah barangan tersebut disita dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang di Taman Arowana, Seberang Jaya, semalam.

Selain gula, turut disita dalam operasi susulan pelaksanaan gerak kerja ‘Kita Gempur’ yang turut disertai oleh Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh itu ialah minyak masak dan tepung gandum.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata, ketika ini, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 terhadap premis perniagaan terbabit.

“Sabit kesalahan, mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM1 juta manakala kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM5 juta boleh dikenakan,” katanya di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Jegan memberitahu, selain premis terbabit, pihaknya turut memantau aktiviti pembungkusan minyak masak paket satu kilogram (kg) di Permatang Pauh.

“Selepas pelancaran gerak kerja tersebut (Kita Gempur) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober lalu, sebanyak 3,239 pemeriksaan telah dibuat di premis-premis perniagaan di sekitar negeri ini.

“Menerusi pemeriksaan terbabit, sebanyak 121 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan sebanyak RM 100,919.80 serta nilai kompaun sebanyak RM 18,600,00,” katanya yang menjelaskan, sebanyak 121 Notis Bertulis (NB) turut dikeluarkan kepada peniaga di pelbagai peringkat rantaian pengedaran perniagaan ketika ini.

Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya turut mengajak wakil industri untuk bekerjasama dan segera melaporkan kepada KPDN Pulau Pinang sekiranya jenama mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya agar ketirisan barang kawalan berjadual seperti ini tidak berlaku.

“Ingin kita tegaskan bahawa, pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya