Kota Kinabalu, Penampang dilanda banjir kilat

Kota Kinabalu, Penampang dilanda banjir kilat

ANGGOTA polis memantau keadaan banjir di Jalan Kolombong, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan beberapa kawasan di pusat bandaraya dan sekitarnya dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang turut dinaiki air adalah Penampang, Papar dan Putatan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pemantauan yang dilakukan di Jalan Penampang Proper dan Jalan Limbanak mendapati jalan mula dinaiki. Paras air Sungai Moyog masih normal iaitu pada tahap 5.32 meter.

Berdasarkan perkongsian dalam laman media sosial, beberapa jalan utama dan kawasan perumahan sekitar Penampang mula dinaiki air.

Antara jalan yang terjejas adalah Jalan Putatan, Jalan Bundusan, Jalan Kolombong dan Jalan Kibabaig.Walaubagaimanapun, ia masih boleh dilalui oleh kenderaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya