Kos penerbangan lawatan rasmi guna wang kerajaan sepenuhnya - PM

Kos penerbangan lawatan rasmi guna wang kerajaan sepenuhnya – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kos penerbangan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke empat negara baru-baru ini yang berjumlah RM1.6 juta menggunakan wang kerajaan sepenuhnya.

Anwar berkata, beliau tidak menggunakan dana syarikat swasta untuk tujuan tersebut.

Beliau menjelaskan, manakala tambang baki tempat duduk penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kepada wakil syarikat swasta ke negara terlibat dibiayai oleh syarikat masing-masing.

“Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah RM4.5 juta.

“Jika guna jet eksekutif kerajaan, kos perlu ditanggung kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara. Namun dengan perkongsian ini, kos untuk kerajaan hanya RM1.6 juta,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, pembangkang mengkritik kos penerbangan Perdana Menteri yang kononnya dibiayai oleh pihak tertentu.

Ia susulan kenyataan mengatakan lawatan kerja rasmi Anwar ke empat negara baru-baru ini ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang turut mengikuti program tersebut.

Anwar kemudian meminta semua pihak agar tidak perangkap dengan dakyah fitnah tersebut.

“Saya ulang, kerajaan tidak guna dana syarikat swasta. Tiada perselisihan kepentingan. Usah terperangkap dalam fitnah zaman edan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya