Kontraktor binaan rugi RM260,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Kontraktor binaan rugi RM260,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang kontraktor pembinaan di daerah ini berputih mata apabila kerugian kira-kira RM260,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian sejak 6 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu mendakwa, mula terpedaya dengan skim berkenaan selepas menerima tawaran skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Menurut mangsa, setelah beberapa kali melabur, dia berjaya memperolehi wang keuntungan dan mulai yakin dengan pelaburan itu sehinggalah mangsa melaburkan wang kira-kira RM260,000,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mendakwa telah membuat pindahan wang sebanyak 11 transaksi ke empat akaun bank berbeza sejak 10 November hingga 15 November.

Hanyan berkata, bagaimanapun mangsa mula curiga dengan skim tersebut selepas tidak lagi menerima wang pulangan untuk transaksi lain.

Tambahnya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, di sini, semalam.

“Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya