KKM tidak lagi terhadkan satu syarikat bekal insulin manusia

KKM tidak lagi terhadkan satu syarikat bekal insulin manusia

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan untuk tidak membiarkan hanya satu kontrak pembekalan insulin manusia diberikan kepada syarikat tertentu bagi memastikan keterjaminan bekalan ubat tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedar kesilapan bekalan insulin manusia dalam pasaran hingga terjejas susulan sebuah syarikat luar negara, Biocon yang tidak mampu lagi membekalkan ubat tersebut.

Kata beliau, KKM akan melihat alternatif ubat lain seperti agen antiglikemik, contohnya insulin analog untuk menampung permintaan walaupun harganya tiga kali ganda lebih mahal berbanding insulin manusia.

“Apabila kita mempunyai polisi seperti ‘meletakkan semua telur dalam satu bakul’ memang akan mempunyai risiko. Jadi, pertamanya, yang hendak saya sebutkan adalah kita tidak akan mahu berada dalam situasi seumpama itu.

“Dulunya Biocon sebuah syarikat luar negara yang membuat JV (kerjasama). Sementara Novonordisk (yang) membekalkan insulin manusia itu dari luar, mereka juga mengambil sikap untuk tidak menerusi bekalan mereka. Jadi, kita berdepan dengan suasana itu.

“Pastinya untuk ke depan nanti, kami tidak akan mengizinkan untuk hanya memberikan satu kontrak kepada satu syarikat dalam membekalkan hal seperti insulin manusia,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Datuk Dr. Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang bertanyakan mengenai langkah KKM untuk memastikan situasi kekurangan bekalan insulin manusia itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, KKM sedang berunding untuk membeli insulin analog yang harganya lebih mahal.

Jelasnya, KKM akan berusaha untuk memastikan bekalan insulin tidak terjejas pada masa akan datang.

“Kita akan memperkembangkan sumber (bekalan insulin),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya