KKM akan umum hasil siasatan perigi Rembau

KKM akan umum hasil siasatan perigi Rembau

DZULKEFLY Ahmad bergambar bersama kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta perwakilan pada Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) di Bandar Darul Aman di Kubang Pasu Kedah hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan hasil siasatan ke atas pengusaha rawatan yang mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan menggunakan air perigi di sebuah tapak perkhemahan di Rembau, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan membuat penjelasan dan dapatan daripada hasil siasatan tersebut yang diharapkan dapat menyelesaikan sebarang kekeliruan berhubung dakwaan itu.

“Kita akan membuat penjelasan dan dapatan hasil siasatan dalam waktu terdekat. Sangat mustahak untuk kita sentiasa merasa bahawa ‘kecelikan’ sangat penting. Sama ada orang Melayu atau bangsa lain, jangan mudah sangat dipermainkan,” katanya selepas Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah), di sini hari ini.

Dzulkefly yang juga Naib Presiden Amanah mengulas tentang sebuah perigi di Rembau yang didakwa mampu memberi manfaat kesihatan kepada individu menghidap pelbagai penyakit termasuk strok menerusi teknologi rawatan khas.

KKM sebelum ini mengarahkan pengusaha perigi tersebut menutup operasi sementara waktu sehingga keputusan siasatan itu selesai.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung penggunaan air perigi yang didakwa boleh memberi kesan kebaikan untuk mengubati pelbagai penyakit.

Mengulas lanjut Dzulkefly berkata, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk dakwaan yang bersifat keterlaluan kecuali mempunyai bukti yang sahih.

“Apa pun tuntutan tidak salah daripada orang membuat tuntutan tetapi ia mesti dibuktikan dengan asas bukti. Itu kita sedang siasat dan akan berikan dapatan itu dalam masa terdekat,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya