Khutbah Jumaat bagi nasihat bukan sebar fitnah

Khutbah Jumaat bagi nasihat bukan sebar fitnah

MOHD Na'im Mokhtar (tengah) menyertai Kayuhan Prihatin Wakaf pada majlis penutup Program Santuni Komuniti Madani Peringkat Kampung Angkat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Orang Ramai Kampung Paya di sini, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khutbah Jumaat seharusnya menjadi medium untuk menyampaikan nasihat dan menyatupadukan umat Islam tetapi bukan untuk memfitnah atau memecahbelahkan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib adalah untuk perkara-perkara baik seperti  menasihatkan jemaah yang hadir.

Menurut beliau, khatib seharusnya tidak menggunakan mimbar khutbah bagi memfitnah sesuatu perkara yang tidak betul.

“Khutbah Jumaat bertujuan untuk menasihatkan jemaah yang hadir dan menyatupadukan umat Islam contohnya di Kedah dan Selangor. 

“Bukan jadi pemecah belah apatah lagi menggunakan mimbar khutbah untuk memfitnah benda yang tidak betul,”katanya pada sidang media Program Komuniti Madani, di Kampung Baru, hari ini. 

Sebelum ini media melaporkan, polis menerima laporan berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai yang dikatakan mengupas isu pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China, ketika menyampaikan khutbah Jumaat. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, perkara itu dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.

Jelas beliau, melalui bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam negeri Kedah, ia boleh diambil tindakan kepada khatib tidak bertauliah jika memberikan khutbah.

“Kita sedia maklum, kuasa agama termasuk mendrafkan dan memberi khutbah terletak di bawah kuasa negeri.

“Kalau hasil siasatan polis mendapati khutbah tersebut menimbulkan keresahan, ketegangan kaum, negeri tersebut mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya