Keterangan pensyarah hina Nabi Muhammad sudah diambil - KPN

Keterangan pensyarah hina Nabi Muhammad sudah diambil – KPN

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan keterangan seorang pensyarah yang didakwa  menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam telah diambil semalam.

Beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, keterangan pensyarah berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 28 soalan dikemukakan polis kepada pensyarah berkenaan. 

“Lelaki berkenaan hadir bersama peguamnya bagi dirakam keterangan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak sembilan laporan polis diterima polis terhadap individu itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kes berkenaan.

Pada 21 November lalu, polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran media sosial Facebook yang memaparkan seorang ahli akademik menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Berdasarkan laporan polis pengadu telah mengesan satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik Facabook Dakwah Sunnah II berkaitan individu iaitu pensyarah di sebuah universiti tempatan yang dikatakan telah mencetuskan provokasi.

Hantaran berkenaan memaparkan lelaki berkenaan telah mengeluarkan kenyataan dengan menghina Nabi Muhammad di dalam Program yang dikendalikan oleh individu tersebut.

Antara kata-kata yang dilontarkan oleh individu nama Nabi Muhammad dan isteri Sayidatina Aisyah R.A menjadi bahan lawak hambar yang tidak beradab sekali gus mencalar kesucian peribadi baginda dan keluarganya

Lebih teruk apabila lawak pensyarah berkenaan disambut gelak ketawa oleh para hadirin yang dihadiri oleh agamawan yang kononnya kelompok mereka sahaja yang mengikut sunnah. 

Pensyarah itu juga melakonkan watak Rasulullah sambil membuat mimik wajah yang buruk dan mengucapkan kata-kata sindiran.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya