Kesuma sasar capai 2 juta anggota kesatuan sekerja

Kesuma sasar capai 2 juta anggota kesatuan sekerja

STEVEN Sim menyampaikan Anugerah Kesatuan Sekerja Contoh Sektor Swasta kepada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu pada Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyasarkan dua juta pekerja di negara ini menjadi anggota dalam mana-mana kesatuan sekerja berdaftar tahun depan.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, angka tersebut tidak mustahil untuk dicapai selepas berjaya merekodkan jumlah keseluruhan sejuta anggota pada 30 Oktober lalu.

“Setakat akhir September lalu, kita sudah ada 1,030,151 anggota dan ia bertambah setiap bulan,” katanya berucap pada Perhimpunan Kesatuan Sekerja Kebangsaan 2024 hari ini anjuran
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

Steven berkata, pada masa ini sudah ada 759 kesatuan dan berharap ramai akan menjadi anggota apabila pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dikuatkuasakan dengan memansuhkan sekatan penubuhan kesatuan sejajar standard perburuhan antarabangsa.

Pekerja juga ujarnya, diberikan ruang lebih luas berunding dengan majikan bagi perjanjian kolektif yang bakal membawa banyak manfaat malah kekangan kesatuan dikurangkan.

Pada masa sama, Steven optimis gerakan kesatuan juga dapat diperkasakan apabila rang undang-undang Ordinan Buruh Sarawak dibentangkannya di Dewan Rakyat bulan depan.

“Ini menyelaraskan hak pekerja di negeri itu dengan Semenanjung dan Sabah mengikut Akta Pekerja 1955 yang bakal menarik ramai untuk menjadi anggota kesatuan,” katanya.

Begitu juga jelas beliau, nasib kira-kira 4 juta pekerja gig tempatan yang bekerja bebas dalam pelbagai sektor ekonomi turut diberi perhatian yang membentuk hampir 20 peratus daripada keseluruhan 17 juta pekerja di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya