Keselamatan murid berkeperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu

Keselamatan murid berkeperluan khas ditingkatkan dalam kurikulum baharu

WONG Kah Woh semasa Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan aspek keselamatan diri dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) melalui pembangunan Kurikulum Persekolahan Pendidikan Khas 2027.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, KPM berpandangan aspek keselamatan diri murid merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian terutamanya kepada

Kata beliau, hal tersebut sejajar dengan Dasar Orang Kurang Upaya yang memberi fokus terhadap memberikan perlindungan, sokongan dan peluang kepada individu yang mempunyai pelbagai jenis ketidakupayaan.

“KPM telah menerapkan aspek keselamatan diri dalam kurikulum MBPK sedia ada dan akan diperkasakan dalam Kurikulum Persekolahan Pendidikan Khas 2027,” katanya semasa Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang menyatakan kesediaan KPM untuk menerapkan pelajaran mengenai keselamatan diri dalam sukatan pelajaran MBK.

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, KPM sudah menggariskan perincian aspek keselamatan diri ini dalam kurikulum pendidikan khas sedia ada.

Jelasnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran MBPK dalam pengurusan kehidupan harian khususnya dalam mengurus diri mahupun menjaga keselamatan diri.

“Pelbagai aktiviti intervensi yang memperkasakan potensi, keupayaan dan keyakinan diri disepadukan dalam aktiviti pembelajaran dengan mata pelajaran yang disediakan di dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah pendidikan khas.

“Contohnya, mata pelajaran seperti Pengurusan Kehidupan, Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan (KAIKUP), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menyediakan aktiviti pembelajaran bagi membantu meningkatkan kefahaman dan kemahiran MBPK untuk menjaga keselamatan diri dalam kehidupan harian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya