Kes wanita didakwa cuba bunuh pelajar UiTM disebut 18 Disember

Sebutan semula kes wanita didakwa cuba bunuh pelajar UiTM ditetap 18 Disember

NORIZAN Ismail (tengah) berdepan pertuduhan cuba membunuh penuntut UiTM dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada 15 Oktober lalu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menetapkan sebutan semula kes wanita yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda SU-V berdepan dakwaan cubaan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, bulan lalu pada 18 Disember depan.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memerintahkan demikian selepas tertuduh, Norizan Ismail, 49, tidak dapat hadir pada prosiding semalam ekoran ibu tiga anak itu masih ditempatkan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim memaklumkan pengurusan hospital itu memohon agar tempoh pemeriksaan mental tertuduh dilanjutkan lagi bagi membolehkan laporan psikiatri siap sepenuhnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu Jalan Pantai pada pukul 7.30 malam, 9 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan (KK).

Bagaimanapun, pada prosiding sebutan semula kes hari ini, tertuduh tidak dibawa ke mahkamah.

Norizan turut menghadapi tiga pertuduhan membunuh tiga pelajar UiTM Dungun lain di Mahkamah Majistret Dungun.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Norizan dibenarkan berada di Hospital Permai selama sebulan lagi dalam prosiding sebutan semula kes dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di Mahkamah Majistret Dungun.

Sebelum ini, tertuduh didakwa melanggar dua motosikal dinaiki empat pelajar UiTM Dungun sehingga menyebabkan tiga maut manakala seorang lagi cedera parah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya