Kes RM1 juta hilang dirujuk TPR dalam masa terdekat

Kes RM1 juta hilang dirujuk TPR dalam masa terdekat

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan dua pengawal keselamatan yang ditahan bagi siasatan berkaitan kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point Rabu lalu dibebaskan semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua suspek yang berusia 52 dan 38 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

Kata beliau, kertas siasatan kes itu  sedang dikemas kini dan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR)  dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini dua pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kehilangan beg berisi wang tunai pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, polis  kemudian memaklumkan beg berisi wang tunai berkenaan ditemukan pada hari  sama di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, siasatan awal mendapati wang berkenaan ditemui oleh orang awam ketika melalui lokasi berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya