Kes pelajar UPNM didakwa dipijak senior akan dirujuk ke TPR

Kes pelajar UPNM didakwa dipijak senior akan dirujuk ke TPR

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan kes buli membabitkan seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dipijak senior dalam kejadian  21 Oktober lalu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya hampir melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes tersebut. 

“Setakat ini seramai 13 individu diambil keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR. 

Pada 11 November lalu, polis mengambil keterangan pelajar senior yang dikaitkan  dalam kejadian buli membabitkan seorang penuntut tahun satu UPNM.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun itu dikatakan berada di tepi padang kawad institusi pengajian itu sebelum dia dipanggil dan dipijak oleh penuntut tahun tiga sehingga mangsa mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya