Kes lelaki heret kucing dirujuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar - Utusan Malaysia

Kes lelaki heret kucing dirujuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Siasatan membabitkan seorang lelaki mengheret kucing secara paksa dengan mengikat leher haiwan itu dengan tali di sebuah kondominium di ibu negara telah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, satu laporan diterima pihaknya berhubung kejadian berkenaan daripada seorang individu pada pukul 5.38 petang semalam.

Beliau berkata, pengadu melaporkan melihat video tular mengenai perbuatan individu tidak dikenali melakukan penderaan terhadap seekor kucing.

“Di video berkenaan terdapat alamat dipercayai lokasi kejadian yang beralamat di Jalan Klang Lama dan pengadu datang membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan oleh Jabatan Veterinar mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, laporan polis itu juga sudah dihantar kepada penguatkuasa JPV Kuala Lumpur untuk tindakan.

Terdahulu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika memohon saksi utama yang merakam kejadian itu untuk tampil membuat laporan polis dan supaya Sistem Keadilan Jenayah Haiwan dapat dijalankan dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya