Kes dua beranak dibunuh: Pekerja kilang dituduh esok di Hospital Pulau Pinang

Kes dua beranak dibunuh: Pekerja kilang dituduh esok di Hospital Pulau Pinang

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pekerja kilang yang membunuh dua beranak di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini, Khamis lalu akan didakwa esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, suspek akan dituduh di Hospital Pulau Pinang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

”Pihak polis berjaya melengkapkan siasatan kes bunuh berprofil tinggi ini dalam enam hari sahaja sehingga menghasilkan pertuduhan terhadap suspek bunuh ini.

“Pertuduhan terhadapnya akan dijalankan di HPP esok,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.54 tengah hari Khamis lalu, Siti Zulaila, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, maut selepas ditikam seorang pemuda menggunakan pisau.

Suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang Siti Zulaila tidak membalas cintanya.

Suspek kemudiannya bertindak mengelar dan menikam dirinya sendiri beberapa kali selepas membunuh dua beranak tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya