ALOR SETAR: DAP percaya semangat kerjasama secara berpasukan adalah kunci utama untuk menawan kembali Kedah berbanding menghadkan penglibatan mana-mana pihak dalam pilihan raya akan datang. Setiausaha DAP Kedah, Teh Swee Leong berkata, kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah langkah yang paling strategik untuk memenangi semula kepercayaan rakyat Kedah. Menurutnya, gabungan itu mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh dan menjadi asas penting dalam membawa perubahan politik yang bermanfaat kepada rakyat. “Kerjasama berpasukan adalah kunci utama untuk menawan kembali Kedah. Segala usaha harus berpusat kepada kebersamaan, tanpa menghadkan penglibatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya