Kerepek berasas sayur, ulaman dapat permintaan

Kerepek berasas sayur, ulaman dapat permintaan

NORYUSRA Yunus mengusahakan perniagaan membuat kek di bengkelnya di Pasir Salak, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Kerepek berasaskan daun ulam-ulaman dan sayur-sayuran seperti bayam, kaduk, daun kunyit, peria, petola serta pegaga mula mendapat permintaan dalam kalangan mereka yang mahu menjaga kesihatan.

Seorang usahawan, Noor­hayati Zakaria, 53, berkata, dia menjana pendapatan sehingga empat angka sebulan dengan menjual kerepek itu sejak tiga tahun lalu.

“Saya berminat mengeks­ploitasi daun kaduk sebagai contoh dijadikan kerepek ke­rana ulaman itu tumbuh meliar dan mudah didapati.

“Senang tumbuh dan meliar, jadi saya tanam sendiri untuk kegunaan kerana khasiatnya untuk membuang kahak dan melawaskan kencing,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Menurutnya, kerepek berasaskan daun turut digemari kanak-kanak yang membuang persepsi tidak ramai yang gemar makan ulam-ulaman.

Katanya, produk kerepek bayam, kaduk, daun kunyit, peria, petola dan pegaga yang dihasilkannya tidak mengan­dungi sebarang pewarna dan perasa tiruan.

“Malah saya tambah rempah ratus seperti jintan manis, ketumbar dan jintan putih untuk menjadikannya lebih rangup serta sedap,” katanya.

Dia tidak menghadapi masalah keputusan stok kerana ada ulam-ulaman yang ditanam sendiri selain diperoleh daripada petani berdekatan bengkel memprosesnya.

“Pokok kaduk tiada masalah keputusan stok kerana tanam sendiri selain ulam-ulaman dan sayuran lain banyak ditanam petani di Manong, Kuala Kangsar. Saya dapat membantu pekebun dan orang kampung untuk menjana pendapatan sampingan untuk menyara keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya