Kerajaan tidak halang siasatan terhadap Khazanah, Nafas - PM

Kerajaan tidak halang siasatan terhadap Khazanah, Nafas – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kerajaan tidak menghalang siasatan terhadap Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berikutan pelaburan dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang menyebabikan kerugian puluhan juta ringgit serta pembabitan kartel dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau adalah pengerusi Khazanah, namun tidak akan berkompromi jika wujud bukti salah laku dalam syarikat milik kerajaan itu.

“Sama ada kes itu dulu…ini kes dahulu. Tapi, kes sekarang pun, jika ada, laporkan sama ada kepada Perdana Menteri, pengerusi dan sebagainya.

“Kalau salah, siasat. Kalau salah, dakwa. Kalau salah, hukum. Saya tidak peduli. (Dengan cara ini) barulah kita boleh perintah dengan adil,” katanya.

Anwar berkata demikian sempena Majlis Perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan (HPPK2024) di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor sudah memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Difahamkan, siasatan itu dijalankan susulan jumlah kerugian yang direkodkan oleh kedua-dua agensi berkaitan kerajaan itu terlalu besar dan membabitkan kepentingan awam.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, beliau juga tidak akan mengganggu siasatan yang dijalankan terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan berkenaan ketika ini.

“Itu terpulang kepada siasatan. Apa yang kita nak, yang ambil, yang dapat baja, benih ini semua…kita nak supaya harga patut. Yang import, cara betul. Itu sahaja.

“Saya dah lama marah pada kartel ini. Kartel ini, ada kelompok kecil ‘jaga’ dia, bukan jaga rakyat. Jadi kena faham mengapa siasatan dilakukan.

“Siapa saja tanpa kecuali. Ada kes, SPRM masuk. Kalau kes jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masuk. Tak kira dia jawatan apa, pangkat apa, syarikat kerajaan ke syarikat swasta,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya